1. Semakin banyak organisasi yang mahu mendapatkan persijilan 5S. mereka percaya bahawa konsep dari Negara matahari terbit itu mampu mempertingkatkan kecekapan tadbir urus dan staf yang terlibat dalam organisasi.
2. Justeru itu komitmen digerakkan agar persijilan dapat diperolehi. Komitmen pengurusan atasan, dan komitmen staf sebagai kumpulan pelaksana yang signifikan.
3. Namun adakah persijilan 5S yang dikejar atau sebenarnya budaya 5S yang perlu diterap dalam diri setiap warga kerja untuk manfaat organisasi?
4. Inilah kesilapan konsepsual yang sering berlaku. Ia perlu diperbetulkan.
5. Apabila persijilan menjadi matlamat, ia lebih bersifat peribadi. Menjadi matlamat individu, mungkin kepada ketua yang taksub atau perasan sebagai seorang yang sangat cermat dan teliti jika dibandingkan orang lain atau matlamat sekumpulan manusia dalam jawatankuasa penggerak yang mahu dilihat sebagai kumpulan elit dalam organisasi.
6. Tetapi jika budaya 5S yang mahu ditanam, ia akan menjadi satu nilai. Seharusnya nilai itu juga di bawa ke rumah atau dari rumah dan bukan hanya di pejabat.
7. Dalam memartabatkan budaya 5S, persekitaran yang bersih tidak memadai. Persekitaran itu bukan sahaja perlu bersih, tetapi ceria, kondusif dan sihat. Inilah matlamat yang harus menjadi arah tuju.
8. Hanya jika kita dapat menggerakkan budaya 5S, kita mampu untuk menjuarai keceriaan persekitaran samada di tempat kerja, rumah atau dimana sahaja.
9. Selagi ia tidak dibudayakan, MUNGKIN ia hanya satu retorik. Fikir-fikirkan?