1. Persepsi.
2. Sekali lagi berlaku apa yang disebut sebagai the battle of perception.
3. Sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung saya yakin kedua-dua senario iaitu yahoo messenger (YM) dan baca kitab pernah berlaku dalam persekitaran pejabat kita.
4. Tiada isu besar. Cuma akan diperbesar-besarkan kalau ia dilakukan oleh seorang ketua atau pegawai di pejabat.
5. Tak adil untuk menyalahkan YM. Ia adalah salah satu kaedah online chit-chat yang boleh juga berlaku melalui MSN massager, google-talk, facebook dan lain-lain lagi. Cuma YM boleh dikatakan sebagai paling popular. Memang “berhantu” bila dah asyik sangat YM setiap saat, setiap waktu, setiap hari di pejabat. Asyik sangat sampai tak buat kerja dan terpaku depan komputer. Sehingga ada yang tak berganjak 3-4 jam depan komputer. Kalau 10 tahun dulu mungkin YM tak popular di kalangan masyarakat umum sebab “celik IT” di kalangan penjawat awam yang masih rendah di samping YM bukan pilihan kepada orang-orang “lama” yang mungkin lebih minat mengumpat, gosip dan bersembang secara “live”.
6. Hari ni orang lama pun dah celik IT. Lebih dari tu ramai orang muda dah menyertai perkhidmatan awam sebagai kakitangan sokongan. Orang muda memang cepat belajar kaedah yang boleh memberi keseronokan melalui IT. Bukan sekadar online chit-chat tapi mereka juga minat melayari laman web, blog dari pelbagai genre.
7. YM yang aktif akan berkelip-kelip dan mengeluarkan bunyi bilamana ada mesej masuk!
8. Itulah indikator yang semua orang hari ini tahu. Bunyi yang menandakan adanya mesej masuk bertali arus. Pegawai kerajaan yang “kurang cerdik” membuat andaian stafnya tak tahu apa yang ada di skrin komputernya walau pun dengan bunyi isyarat tak henti-henti. Padahal staf dah mengata, “rupanya bos kita bukan khusyuk buat kerja, tapi dok YM entah dengan siapa-siapa berjam-jam lamanya”!
9. Di pihak bos pula bila ditanya ada saja jawabnya. Bila ditanya rakan-rakan sejawatan yang prihatin katanya dia YM pun hal kerja! YM dengan rakan-rakan di jabatan lain, cawangan lain, tanya tentang kerja. “Apa salah ke YM tentang kerja?”……..katanya!
10. Baca kitab pula?
11. Ada pegawai kerajaan yang rajin membaca. Baca buku, baca majalah, baca surat khabar dan baca kitab. Tak salah langsung kalau membaca kerana nak menambah ilmu. Bukankah jauh lebih mulia kalau baca kitab-kitab agama kerana tiada kitab agama yang merosak aqidah atau mengajak berbuat kejahatan.
12. Tapi sering kali jadi isu juga bila pegawai baca kitab dalam masa pejabat. Konon dikata dia aje “malaikat” dan orang lain semua jahil. Mula timbul kaitan bila kerja tak siap bahawa kononnya pegawai tu tak buat kerja sebab sibuk baca kitab masa pejabat! ASTAGHAFIRULLAH HALAZIM.
13. Kenapalah mahu dipolemikkan juga amalan baik?
14. Pada saya banyaklah baiknya perbuatan baca kitab di banding YM (walaupun YM urusan kerja) kerana ia amalan mulia yang tak semua orang buat. Antara YM dan baca kitab, banyak nilai yang boleh kita kaitkan. Positif mahu pun negatif. Kalau negatif yang dicari, maka buruklah nampaknya. Kalau baik yang dicari, YM sepanjang hari pun boleh jadi elok dari baca kitab. Inilah persepsi. Banyak bergantung pada hati perut manusia. Hati perut yang baik akan menghasilkan persepsi yang baik. Mulut manusia mana boleh ditutup. Kalau hati perutnya busuk, maka bercakaplah mereka ini tentang keburukan yang dipanjang-panjangkan kepada orang ramai dan warga kerja satu jabatan satu organisasi. Sedih kalau ia tak betul kerana akan menjadi fitnah.
15. Masya-ALLAH. Bukankah fitnah itu, dosanya lebih besar jika dibandingkan dengan………………………….? Jawablah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bergantung dari perspektif mana kita melihat sesuatu situasi. Jika dari dalam tempurung, maka gelaplah ia. Jika dari mata burung terbang, maka luaslah ia. Jika kita asyik mencari salah, maka kesalahanlah yang kita akan jumpa. Cuba lihat sesuatu dari aspek positif.
ReplyDeleteTepuk dada tanya iman. Kita semua ada tanggungjawab. Jika semuanya terlaksana dengan sempurna, Alhamdulillah. Jika tidak, jawablah sendiri masa Hari Pembalasan nanti.