Wednesday, October 5, 2011

The Pillar of the Earth



The Pillars of the Earth is a historical novel by Ken Follett published in 1989 about the building of a cathedral in the fictional town of Kingsbridge, England. It is set in the middle of the 12th century, primarily during the Anarchy, between the time of the sinking of the White Ship and the murder of Thomas Becket. The book traces the development of Gothic architecture out of the preceding Romanesque architecture and the fortunes of the Kingsbridge priory against the backdrop of actual historical events of the time.
Before this novel was published, Follett was known for writing in the thriller genre. The Pillars of the Earth became his best-selling work. The book was listed at no. 33 on the BBC's Big Read, a 2003 survey with the goal of finding the "nation's best-loved book." The book was also selected for Oprah's Book Club in 2007. A sequel, entitled World Without End, was released in October 2007.
(Sumber : Wikipedia)

1. Sejak Rabu lalu, 21 September 2011 perhatian saya ditarik oleh filem penuh debaran The Pillar of the Earth.

2. Filem ini ada empat bahagian yang sangat mengujakan dan ditayang secara dwi-episod Rabu dan Khamis jam 10 malam. Berakhir sudah semua empat episod pada 29 September 2011.

3. Banyak pengajaran yang terkandung dalam cerita berlatar belakangkan sejarah, agama dan kisah cinta ini.

4. Apa yang boleh saya simpulkan ialah;

a. Ketabahan hidup
b. Kemahiran modal insan yang hebat
c. Agama boleh disalah guna untuk kepentingan peribadi
d. Gila kuasa tak bawa ke mana
e. Kepentingan sejarah
f. Redha, istiqamah, pasrah dan bersyukur

Monday, October 3, 2011

Menyelami Emosi Orang Lain?

1. Sebagai ketua bahagian, sebagai pegawai kerajaan, sebagai ketua, sebagai pegawai sumber, saya tak lari dari menjadi tempat mengadu, tempat meluah rasa, tempat orang minta pandangan, tempat bertanya, tak kurang juga tempat dimarah kalau pun bukan saya yang menjadi puncanya.

2. Seringkali ayat yang dilontarkan kepada saya pada akhirnya berbunyi, “kalau you di tempat saya, apa you rasa?”, “orang tak pernah rasa memang dia tak akan faham”, “apa encik akan buat kalau encik di tempat saya?”

3. Nadanya pula pelbagai. Ada nada kecewa, ada nada marah, ada juga nada sekadar nak berkongsi rasa.

4. Kadang kala tertekan juga, sebab dari segi relatifnya emosi saya selalunya berada di tahap psyco-humor. Saya tak suka nak tension-tension. Saya tak suka nak berprasangka. Saya tak suka konflik.

5. Tapi, orang-orang dengan muka ketat, jiwa kacau yg datang jumpa saya tadi berharap saya akan beri jawapan yang mereka nak dengar!

6. Payah la der..................................!

7. Biarlah saya luahkan dekat sini. Kalau ada yang membacanya Alhamdulillah. Sebab kalau saya cakap direct nanti ramai yang tak boleh terima.

8. Kalau nak datang kepada saya untuk bercerita, saya boleh mendengarnya sebagai seorang manusia, atau mungkin juga sebagai seorang kawan. Tapi, jangan sesekali berharap bahawa saya akan faham dengan situasi yang anda ceritakan itu. Saya tak akan faham sebab saya bukan anda, kecualilah kalau saya pernah mengalami apa yang anda ceritakan itu dan saya pernah alaminya.

9. Saya adalah pegawai kanan kerajaan, saya juga ketua bahagian, saya mungkin tempat mengadu segala masalah libatkan bahagian atau staf saya. Tapi, saya juga adalah manusia yang ada hati dan perasaan seperti juga anda.

10. “Oleh itu, kenapa tidak anda sahaja yang cuba memahami saya kalau anda di tempat saya?”

Tuesday, May 17, 2011

Seni Pengurusan : Pengurusan “Tak Tahu”

1. Dalam pengurusan sesebuah organisasi, gaya kepimpinan seseorang pemimpin adalah berbeza. Mengetuai sebuah unit/bahagian/jabatan dalam organisasi memerlukan seorang ketua untuk memahami seni pengurusan.

2. Ada pelbagai pendekatan dan gaya yang boleh digunakan. Sudah pasti gaya pengurusan dan kepimpinan seseorang ketua itu berbeza antara individu.


3. Menguruskan sesebuah organisasi kerajaan juga ada bezanya. Walau pun ianya organisasi dalam sektor kerajaan, operasi dan tumpuan sesebuah organisasi kerajaan yang berbeza memerlukan pendekatan pengurusan yang berbeza dari ketuanya.

4. Dalam konteks Malaysia, perkhidmatan awamnya telah berkembang dan berevolusi dengan sangat baik. Kita mewarisi sistem yang ditinggalkan oleh British sebelum mendapat kemerdekaan. Hari ini kepimpinan Negara yang begitu prihatain dengan peranan perkhidmatan awam telah mengangkat martabat sektor itu melalui pendekatan transformasi bagi menaik taraf ke perkhidmatan awam beprestasi tinggi.


5. Tipu, kalau dikatakan kemudahan infrastruktur perkhidmatan awam di Malaysia masih ketinggalan dan tidak lengkap. Kalau ada pun ia disebabkan oleh kelemahan pengurusan dan pengurus organisasi yang tidak sensitive dengan perkembangan semasa dan tidak tahu membelanjakan peruntukan kewangan jabatan!

6. Namun begitu, dalam era kecanggihan komunikasi dan maklumat hari ini masih ada penj awat awam yang tidak sensitif dan resposif terhadap persekitaran dan isu semasa. Mudah untuk kita katakan bahawa maklumat dihujung jari akan tetapi tidak semua orang tahu menggunakan hujung jari mereka untuk memanfaatkan google, yahoo atau laman enjin pencari yang boleh membantu menjawab apa sahaja persoalan yang timbul.


7. Lebih jahat, ada di kalangan penjawat awam tersebut berada di peringkat atasan dan terlibat dalam pengurusan serta pembuatan keputusan! Sudahlah tidak mengambil tahu apa yang berlaku dan tidak tahu apa yang sepatutnya dia tahu, manusia jenis ini akan menyalahkan orang lain pula apabila dia tak tahu dengan memaklumkan bahawa dia tidak dimaklumkan!

8. Haahahahahahahahaha……………..bila difikirkan, kelakar ada, kesian pon ada.


9. Kelakar sebab manusia jenis ini tak sedar diri dan tak mengaku kekurangan diri tapi asyik nak tunding jari cari salah orang. Kesian sebab orang begini pun masih boleh diangkat menjadi ketua, bukankah dalam Islam kita telah dimaklumkan apabila sesuatu perkara itu diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.

10. Inilah yang membawa kepada satu lagi bentuk gaya pengurusan – Pengurusan Tak Tahu!


11. Kata bidalan, tak tahu bertanya, malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau yang tak tahu tu ialah ketua, maka bertambah haru-birulah kita. Maklumlah, bila dah jadi ketua nak mengaku tak tahu takut jatuh “kemaluan” disebabkan ego yang tinggi. Buat-buat tahu nanti kang kalau tersalah bagi info tak nak bertanggungjawab atas kesan yang berlaku. Maka jalan selamatnya ialah dengan memilih jalan selamat yang ada iaitu; salahkan pihak lain terutama pihak yang berdekatan, memaklumkan bahawa perkara yang berlaku belum dimaklumkan, memaklumkan bahawa perkara yang dibincangkan adalah pengalaman baru yang belum pernah melibatkannya, atau memaklumkan perkara itu masih baru baginya.

12. Apa yang peliknya, penjelasan antara yang tersebut itu tadi, diterima pula oleh pihak-pihak tertentu.


13. Tak releven menjadi ketua yang mengamalkan pengurusan tak tahu dalam era ICT yang serba canggih hari ini. Tak relevan lagi menanti maklumat dimaklumkan. Perkhidmatan awam memerlukan warga kerja yang proaktif dan inovatif selaras dengan hasrat YAB PM mahu memperkasakan inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam sekaligus mampu menjadikan kekuatan dalam melaksanakan agenda transformasi.

14. Kalau semua perkara nak dimaklumkan, nak disuap, nak dipersembahkan, apa yang nak ditransformasikan? Tiada berlaku kepelbagaian pemikiran dan maklumat tak berkembang. Bukanlah tak boleh menuntut supaya dihormati dan dimaklumkan maklumat yang sepatutnya akan tetapi bukan semua perkara perlu untuk dipersembahkan. Dalam sebuah organisasi kerajaan yang bukan berorentasikan keuntungan, kita sepatutnya sedar bahawa agenda mengurus tadbir organisasi dengan cemerlang adalah tanggungjawab bersama.


15. Dan, akauntabiliti ada pada setiap penjawat awam tak mengira pangkat atau kedudukan dalam organisasi. Sebagai ketua, sudah pasti kena bertanggungjawab maka ambillah tanggungjawab dengan penuh rasa kebertanggungjawaban. Apa nak disalahkan semua orang disekeliling tanpa muhasabah diri dan kepimpinan? Apalah salahnya untuk sesekali mengaku silap dan bertanggungjawab atas kesilapan yang berlaku, ibarat kata pepatah ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Thursday, February 10, 2011

Peranan Mengurus Universiti

Petikan, AMANAT TAHUN BAHARU 2011, YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. DEWAN A, PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC), JAM 9.00 PAGI, ISNIN, 17 JANUARI 2011.

.............kita memerlukan tenaga akademik yang memahami bahawa universiti adalah "jantung bangsa", yang berperanan membina tamadun dan kekuatan bangsa, dan universiti bukanlah sekadar tempat bekerja dan ia juga bukan seperti jabatan kerajaan yang lain. Cara mengurus universiti adalah berbeza dengan cara menguruskan jabatan kerajaan yang lain dan cara mengurus kumpulan pengajar ini juga harus berbeza kerana mereka merupakan golongan pelajar pilihan dari kalangan yang terbaik dan terbijak negara. Atas sebab itu, kepimpinan universiti yang mengurus kumpulan ini mesti memaparkan sifat dan nilai integriti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pentadbiran, pengurusan dan akademik universiti. Kita berharap agar penggunaan kuasa di universiti akan menjurus kepada usaha meningkatkan kualiti kesarjanaan pendita kita dan memberikan yang terbaik kepada mahasiswa................

Tema pengurusan KPT tahun ini ialah “PENGAJIAN TINGGI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”. Temanya cukup membayangkan peranan penting di sebalik pengajian tinggi negara.

1. Ada banyak falsafah yang boleh diterjemahkan melalui kenyataan ini. Paling signifikan ialah peranan universiti.

2. Saya pernah analogikan bahawa universiti adalah gelanggang tempat menari rentak tarian kontemporari. Warga universiti perlu memastikan corak tarian kena pada tempatnya dan tidak sumbing!


3. Justeru penting untuk warga universiti memastikan bahawa universiti menjadi tempat transformasi berlaku kepada pelajar sebelum bergelar graduan.

4. Mengubah sikap pelajar supaya sentiasa positif.


5. Mengasah kemahiran pelajar supaya memenuhi keperluan industri.

6. Mencambahkan pengetahuan pelajar supaya mampu menjadi ejen perubahan.


7. Inilah peranan universiti.

8. Justeru penting untuk pengurusan universiti melalui pentadbir dan kakitangan pengurusannya mempunyai prinsip yang tegas dalam mendidik anak bangsa.


9. Kita seharusnya mengubah pelajar menjadi graduan dinamik yang mengikut jatidiri bangsa perkasa. Bukan pula bertoleransi dengan status-quo pelajar yang pelbagai latar belakang dan menyedihkan apabila mereka membawa budaya kekampungan yang kolot lagi meloyakan.

10. Benarlah, tidak sama untuk menguruskan sebuah universiti di bandingkan dengan jabatan kerajaan atau lain-lain organisasi. Kerana kita perlu membentuk pemikiran yang sentiasa berkehendakkan penambahbaikan berterusan.


11. Usah kita terperangkap dengan pemikiran sempit yang mahu terus-terusan bertoleransi.

12. Kerana pengurusan universiti yang sebegitu rupa, hanya akan ditertawakan masyarakat kerana “bodoh sombong” dan bodoh yang tak boleh diajar! Fikir dan renung-renungkan.

Sunday, January 16, 2011

PEGAWAI SEKTOR AWAM : ANTARA YM DAN BACA KITAB

1. Persepsi.

2. Sekali lagi berlaku apa yang disebut sebagai the battle of perception.

3. Sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung saya yakin kedua-dua senario iaitu yahoo messenger (YM) dan baca kitab pernah berlaku dalam persekitaran pejabat kita.

4. Tiada isu besar. Cuma akan diperbesar-besarkan kalau ia dilakukan oleh seorang ketua atau pegawai di pejabat.

5. Tak adil untuk menyalahkan YM. Ia adalah salah satu kaedah online chit-chat yang boleh juga berlaku melalui MSN massager, google-talk, facebook dan lain-lain lagi. Cuma YM boleh dikatakan sebagai paling popular. Memang “berhantu” bila dah asyik sangat YM setiap saat, setiap waktu, setiap hari di pejabat. Asyik sangat sampai tak buat kerja dan terpaku depan komputer. Sehingga ada yang tak berganjak 3-4 jam depan komputer. Kalau 10 tahun dulu mungkin YM tak popular di kalangan masyarakat umum sebab “celik IT” di kalangan penjawat awam yang masih rendah di samping YM bukan pilihan kepada orang-orang “lama” yang mungkin lebih minat mengumpat, gosip dan bersembang secara “live”.

6. Hari ni orang lama pun dah celik IT. Lebih dari tu ramai orang muda dah menyertai perkhidmatan awam sebagai kakitangan sokongan. Orang muda memang cepat belajar kaedah yang boleh memberi keseronokan melalui IT. Bukan sekadar online chit-chat tapi mereka juga minat melayari laman web, blog dari pelbagai genre.

7. YM yang aktif akan berkelip-kelip dan mengeluarkan bunyi bilamana ada mesej masuk!

8. Itulah indikator yang semua orang hari ini tahu. Bunyi yang menandakan adanya mesej masuk bertali arus. Pegawai kerajaan yang “kurang cerdik” membuat andaian stafnya tak tahu apa yang ada di skrin komputernya walau pun dengan bunyi isyarat tak henti-henti. Padahal staf dah mengata, “rupanya bos kita bukan khusyuk buat kerja, tapi dok YM entah dengan siapa-siapa berjam-jam lamanya”!

9. Di pihak bos pula bila ditanya ada saja jawabnya. Bila ditanya rakan-rakan sejawatan yang prihatin katanya dia YM pun hal kerja! YM dengan rakan-rakan di jabatan lain, cawangan lain, tanya tentang kerja. “Apa salah ke YM tentang kerja?”……..katanya!

10. Baca kitab pula?

11. Ada pegawai kerajaan yang rajin membaca. Baca buku, baca majalah, baca surat khabar dan baca kitab. Tak salah langsung kalau membaca kerana nak menambah ilmu. Bukankah jauh lebih mulia kalau baca kitab-kitab agama kerana tiada kitab agama yang merosak aqidah atau mengajak berbuat kejahatan.

12. Tapi sering kali jadi isu juga bila pegawai baca kitab dalam masa pejabat. Konon dikata dia aje “malaikat” dan orang lain semua jahil. Mula timbul kaitan bila kerja tak siap bahawa kononnya pegawai tu tak buat kerja sebab sibuk baca kitab masa pejabat! ASTAGHAFIRULLAH HALAZIM.

13. Kenapalah mahu dipolemikkan juga amalan baik?

14. Pada saya banyaklah baiknya perbuatan baca kitab di banding YM (walaupun YM urusan kerja) kerana ia amalan mulia yang tak semua orang buat. Antara YM dan baca kitab, banyak nilai yang boleh kita kaitkan. Positif mahu pun negatif. Kalau negatif yang dicari, maka buruklah nampaknya. Kalau baik yang dicari, YM sepanjang hari pun boleh jadi elok dari baca kitab. Inilah persepsi. Banyak bergantung pada hati perut manusia. Hati perut yang baik akan menghasilkan persepsi yang baik. Mulut manusia mana boleh ditutup. Kalau hati perutnya busuk, maka bercakaplah mereka ini tentang keburukan yang dipanjang-panjangkan kepada orang ramai dan warga kerja satu jabatan satu organisasi. Sedih kalau ia tak betul kerana akan menjadi fitnah.

15. Masya-ALLAH. Bukankah fitnah itu, dosanya lebih besar jika dibandingkan dengan………………………….? Jawablah sendiri.