Monday, October 3, 2011

Menyelami Emosi Orang Lain?

1. Sebagai ketua bahagian, sebagai pegawai kerajaan, sebagai ketua, sebagai pegawai sumber, saya tak lari dari menjadi tempat mengadu, tempat meluah rasa, tempat orang minta pandangan, tempat bertanya, tak kurang juga tempat dimarah kalau pun bukan saya yang menjadi puncanya.

2. Seringkali ayat yang dilontarkan kepada saya pada akhirnya berbunyi, “kalau you di tempat saya, apa you rasa?”, “orang tak pernah rasa memang dia tak akan faham”, “apa encik akan buat kalau encik di tempat saya?”

3. Nadanya pula pelbagai. Ada nada kecewa, ada nada marah, ada juga nada sekadar nak berkongsi rasa.

4. Kadang kala tertekan juga, sebab dari segi relatifnya emosi saya selalunya berada di tahap psyco-humor. Saya tak suka nak tension-tension. Saya tak suka nak berprasangka. Saya tak suka konflik.

5. Tapi, orang-orang dengan muka ketat, jiwa kacau yg datang jumpa saya tadi berharap saya akan beri jawapan yang mereka nak dengar!

6. Payah la der..................................!

7. Biarlah saya luahkan dekat sini. Kalau ada yang membacanya Alhamdulillah. Sebab kalau saya cakap direct nanti ramai yang tak boleh terima.

8. Kalau nak datang kepada saya untuk bercerita, saya boleh mendengarnya sebagai seorang manusia, atau mungkin juga sebagai seorang kawan. Tapi, jangan sesekali berharap bahawa saya akan faham dengan situasi yang anda ceritakan itu. Saya tak akan faham sebab saya bukan anda, kecualilah kalau saya pernah mengalami apa yang anda ceritakan itu dan saya pernah alaminya.

9. Saya adalah pegawai kanan kerajaan, saya juga ketua bahagian, saya mungkin tempat mengadu segala masalah libatkan bahagian atau staf saya. Tapi, saya juga adalah manusia yang ada hati dan perasaan seperti juga anda.

10. “Oleh itu, kenapa tidak anda sahaja yang cuba memahami saya kalau anda di tempat saya?”

2 comments:

  1. terharu.. bila bos bersuara... semoga semua kita yang diberi peluang untuk menjadi 'bos' diberi kekuatan untuk mengharungi segala cabaran..

    ReplyDelete
  2. 'boh'... ada yang membacanya...

    kalau perasan, kalau tok2 imam kat masjid di kampung...adalah seorang 'leader'. 'leader' yang dilantik oleh Allah sendiri...

    mereka banyak diam bial timbul apa2 isu. Dan isu tersebut akan diselesaikan tak tahu dari mana caranya...

    Kaedah ini banyak dilihat dalam tindakan Ust. Zul..... Trek Kelantan. Teknik yang diguna pakai mungkin berkesan dalam masalah sikap dan isu emosi.

    Kalau, isu2 kerja dan tugasan Ust Zul lebih banyak bertanya untuk dia buat keputusan....maknanya tidak menggunakan satu otak..Tapi banyak otak, yang dipanggil otak-otak.

    sekadar pandangan 'boh'. sori mencelah dikala bulan mengambang.

    ReplyDelete