Saturday, March 16, 2013

"Nanti Saya Check!"

1. Pengurusan dan tadbir urus adalah satu proses berterusan yang memerlukan kemahiran individu seorang manusia hebat bernama ketua.

2. Ada ketikanya, koordinasi ketua dalam mengurus dan mentadbir memerlukan komitmen semua subordinat.

3. Ada banyak sumber yang terlibat perlu digerakkan. Ada ketikanya, ia digerakkan sederap.

4. Empat fungsi pengurusan itu sendiri sepatutnya menjadi asas buat seorang pengurus tidak kira di peringkat mana juga pengurusan itu terlibat.

5. Malangnya, bukan semua manusia bergelar pengurus tahu dan faham fungsi asas pengurusan iaitu merancang, mengatur, memimpin dan mengawal.

6. Nak mudah, ingat dalam Bahasa Inggeris empat huruf ni POLC - planning, organizing, leading, controlling.

7. Pelik kalau dalam sebuah organisasi pekerjaan, seorang pengurus yang sudah lama bekerja hanya boleh memberikan jawapan "saya akan check" kepada apa juga soalan yang diajukan.

8. Jawapan seperti ini sebenarnya hanya membuktikan bahawa pengurus itu 'tidak cukup berfikir' atau berfikir setengah masak.

9. Apakan tidak? Seorang pengurus bukan kan perlu tahu, perkara yang paling asas iaitu merancang tugas yang dilakukan. Kemudiannya mengatur strategi perlaksanaan. Selepas itu memimpin sumber tidak kira ianya sumber manusia, bahan mentah, informasi atau apa sahaja. Akhir sekali ia patut tahu mengawal keadaan dan situasi supaya semuanya dalam kawalan. Inilah faktor kejayaan pengurusan seorang pengurus yang 'buat kerja'.

10. Disini pentingnya peranan 'superior' di peringkat atasan. Perlu celik mata hati supaya tidak membiarkan 'ahli pasukan' yang menjadi 'penumpang' seumpama ini menjadi parasit organisasi yang merosakkan zat-zat kehebatan dan kelancaran tadbir urus.

11. Mungkin juga superior turut mengamalkan pengurusan jenis "nanti saya check?".

12. Jika betul, tidak mustahil situasi tidak efisyen seperti ini terus dibiarkan dalam organisasi. Wallahuallam.

1 comment:

  1. nanti sat saya check dulu kalau saya pernah kata macam tu... betullah kadang-kadang tak sempat nak fikir dah rancang, nak buat lain tiba2 datang agenda lain yang mendesak sangat-sangat... nak pitam rasanya bila perancangan awal tak menjadi

    ReplyDelete