Thursday, February 10, 2011

Peranan Mengurus Universiti

Petikan, AMANAT TAHUN BAHARU 2011, YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. DEWAN A, PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC), JAM 9.00 PAGI, ISNIN, 17 JANUARI 2011.

.............kita memerlukan tenaga akademik yang memahami bahawa universiti adalah "jantung bangsa", yang berperanan membina tamadun dan kekuatan bangsa, dan universiti bukanlah sekadar tempat bekerja dan ia juga bukan seperti jabatan kerajaan yang lain. Cara mengurus universiti adalah berbeza dengan cara menguruskan jabatan kerajaan yang lain dan cara mengurus kumpulan pengajar ini juga harus berbeza kerana mereka merupakan golongan pelajar pilihan dari kalangan yang terbaik dan terbijak negara. Atas sebab itu, kepimpinan universiti yang mengurus kumpulan ini mesti memaparkan sifat dan nilai integriti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pentadbiran, pengurusan dan akademik universiti. Kita berharap agar penggunaan kuasa di universiti akan menjurus kepada usaha meningkatkan kualiti kesarjanaan pendita kita dan memberikan yang terbaik kepada mahasiswa................

Tema pengurusan KPT tahun ini ialah “PENGAJIAN TINGGI KE ARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI”. Temanya cukup membayangkan peranan penting di sebalik pengajian tinggi negara.

1. Ada banyak falsafah yang boleh diterjemahkan melalui kenyataan ini. Paling signifikan ialah peranan universiti.

2. Saya pernah analogikan bahawa universiti adalah gelanggang tempat menari rentak tarian kontemporari. Warga universiti perlu memastikan corak tarian kena pada tempatnya dan tidak sumbing!


3. Justeru penting untuk warga universiti memastikan bahawa universiti menjadi tempat transformasi berlaku kepada pelajar sebelum bergelar graduan.

4. Mengubah sikap pelajar supaya sentiasa positif.


5. Mengasah kemahiran pelajar supaya memenuhi keperluan industri.

6. Mencambahkan pengetahuan pelajar supaya mampu menjadi ejen perubahan.


7. Inilah peranan universiti.

8. Justeru penting untuk pengurusan universiti melalui pentadbir dan kakitangan pengurusannya mempunyai prinsip yang tegas dalam mendidik anak bangsa.


9. Kita seharusnya mengubah pelajar menjadi graduan dinamik yang mengikut jatidiri bangsa perkasa. Bukan pula bertoleransi dengan status-quo pelajar yang pelbagai latar belakang dan menyedihkan apabila mereka membawa budaya kekampungan yang kolot lagi meloyakan.

10. Benarlah, tidak sama untuk menguruskan sebuah universiti di bandingkan dengan jabatan kerajaan atau lain-lain organisasi. Kerana kita perlu membentuk pemikiran yang sentiasa berkehendakkan penambahbaikan berterusan.


11. Usah kita terperangkap dengan pemikiran sempit yang mahu terus-terusan bertoleransi.

12. Kerana pengurusan universiti yang sebegitu rupa, hanya akan ditertawakan masyarakat kerana “bodoh sombong” dan bodoh yang tak boleh diajar! Fikir dan renung-renungkan.

1 comment:

  1. sayangnya tidak semua orang bersedia menerima perubahan, kerana perubahan itu bag mereka satu beban yang buleh juga menggugat kedudukan mereka... kan!

    ReplyDelete