Sunday, March 25, 2012

Kesultanan Melayu di Jambi

1. Waktu belajar dalam salah satu kuliah Politik Asia Tenggara di UUM dulu, saya pernah bertanya pada sebuah kumpulan yang membuat pembentangan tentang Indonesia, kemanakah berkuburnya institusi Raja di Indonesia?

2. Saya ditempelak. Kumpulan tersebut yang rata-ratanya adalah pelajar senior mengatakan institusi Raja di Indinesia tidak terkubur, sebaliknya masih ada.

3. Saya tidak bersetuju kerana pada pandangan saya, jika ianya ada sekali pun tetapi tidak berfungsi seperti Institusi Raja di Malaysia, maka tiada maknanya.

4. Menurut sumber Wikipedia, Wilayah Jambi yang dulunya merupakan wilayah Kerajaan Malayu, dan kemudian menjadi bagian dari Sriwijaya. Pada akhir abad ke-14 Jambi merupakan vasal Majapahit, dan pengaruh Jawa masih terus mewarnai kesultanan Jambi selama abad ke-17 dan ke-18.

5. Kesultanan Jambi adalah kerajaan Islam yang berkedudukan di provinsi Jambi sekarang. Kerajaan ini berbatasan dengan Kerajaan Indragiri dan kerajaan-kerajaan Minangkabau seperti Siguntur dan Lima Kota di utara. Di selatan kerajaan ini berbatasan dengan Kesultanan Palembang (kemudian Keresidenan Palembang). Jambi juga mengendalikan lembah Kerinci, meskipun pada akhir masa kekuasaannya kekuasaan nominal ini tidak lagi dipedulikan. Ibukota Kesultanan Jambi terletak di kota Jambi, yang terletak di pinggir sungai Batang Hari.

6. Berdirinya kesultanan Jambi bersamaan dengan bangkitnya Islam di wilayah itu. Pada 1616 Jambi merupakan pelabuhan terkaya kedua di Sumatera setelah Aceh dan pada 1670 kerajaan ini sebanding dengan tetangga-tetangganya seperti Johor dan Palembang. Namun kejayaan Jambi tidak berumur panjang. Tahun 1680-an Jambi kehilangan kedudukan sebagai pelabuhan lada utama, setelah perang dengan Johor dan konflik dalaman.

7. Pada tahun 1903 Jambi digabungkan dengan keresidenan Palembang oleh pemerintah Hindia Belanda, dan pada tahun 1906 kesultanan Jambi resmi dibubarkan oleh Belanda. Kesultanan Jambi dipimpin oleh raja yang bergelar sultan. Raja ini dipilih dari perwakilan empat keluarga bangsawan (suku): suku Kraton, Kedipan, Perban dan Raja Empat Puluh. Selain memilih raja keempat suku tersebut juga memilih pangeran ratu, yang mengendalikan jalan pemerintahan sehari-hari. Dalam menjalankan pemerintahan pangeran ratu dibantu oleh para menteri dan dewan penasihat yang anggotanya berasal dari keluarga bangsawan. Sultan berfungsi sebagai lambang penyatuan dan mewakili negara bagi dunia luar.

8. Pada 19 Mac 2012, SULTAN Abddurrahman Thaha Saifuddin telah dinobatkan secara rasmi sebagai Sultan Jambi. Sultan Abdurrahman Thaha adalah dari keturunan keluarga Sultan JAmbi sebelum ini diangkat semula dan dilantik sebagai Sultan. Soalnya mengapa dan kenapa sekarang?

9. Pada hemat saya, tentunya kerana faktor lambang penyatuan dan bagaimana apabila dilihat Institusi Raja di Malaysia terus kekal kukuh sebagai sebuah institusi yang dihormati dan berdaulat. Nyata sekali, kesilapan yang dilakukan oleh penjajah Belanda dulu perlu dibetulkan kerana ia bukan satu keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat Indonesia.

10. Saya rasa, rakyat MAlaysia keseluruhan perlu bersyukur kerana Malaysia ditakdirkan melaksanakan gabungan sistem pentadbiran negara secara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ini kerana, gabungan sistem ini menjadi satu elemen 'check and balance' yang sangat baik.

11. Indonesia dan banyak negara lain adalah antara contoh negara yang sudah meminggirkan atau menolak terus sistem monarki dalam pentadbiran negara. Bukanlah sistem tersebut perlu dikekalkan sebagai satu warisan semata-mata atau perlu pula kita kembali kepada sistem monarki secara tradisional seperti zaman dulu kerana bukan juga semua negara pada hari ini sesuai melaksanakan sistem seperti mana di negara Brunai yang dilihat sangat tenang dan aman.

12. Sebaiknya, rakyat Malaysia perlu terus menghargai Kesultanan Melayu di Malaysia sebagai seorang rakyat Malaysia. JAngan hanya ingat Sultan dan Raja Melayu hanya untuk orang Melayu. Daulat Tuanku!

2 comments:

  1. Saudara penulis...siapa yang dimaksudkan....Jangan hanya ingat Sultan an Raja Melayu hanya untuk orang melayu. Orang Melayu yang saudara maksudkan itu siapa ?...orang Melayu dari Negara Malaysia ke?...bagaimana dengan orang melayu dari Negara Brunei dan Negara Filipina serta orang Melayu Negara Thailand....

    Mungkin sudah nasib Sultan Melayu di tanah Indonesia dipinggirkan oleh penjajah Belanda tetapi Sultan Melayu di Malaysia dijagai dengan penuh perhatian oleh penjajah Inggeris. Kita bangga...kerana Sultan Jambi dinobatkan dan wujud Kerajaan Melayu Jambi yang sendiri menjadi Sultan dan Raja Melayu untuk orang melayu...juga

    ReplyDelete
  2. Encik RAmli, terima kasih pandangan tuan. Saya maksudkan dalam penulisan saya ialah rakyat yang mempertikai institusi raja, tapi dlm masa sama tidak muhasabah diri mereka sendiri. Saya rasa saya tidak perlu apologetik untuk mengatakan sesetengah rakan-rakan saya yang bukan dari bangsa Melayu, tidak merasakan raja dan sultan di negara ini sebagai raja dan sultan mereka walhal mereka itu hidup sbg rakyat Malaysia yang sebahagian sistem pentadbirannya ialah RAja Berperlembagaan. Kejahilan seumpama ini, pada saya satu dosa yang nyata. RAja dan rakyat berpisah tiada. RAkyat, bukan hanya orang Melayu bukan? Wallahuallam.

    ReplyDelete