1. Saya ditanya, "Adakah anda bersedia menjadi role model dalam merealisasikan Paradigma Tauhid?".
2. Ia soalan yang mudah. Tapi datang dengan jawapan yang memungkinkan pelbagai akibat.
3. Saya menjawab dengan yakin, YA!
4. Apakah Paradigma Taudhid? Ia adalah taat setia dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah SWT dan rasa cinta kepada Rasullullah SAW. Kerana apa juga yang saya lakukan selama ini semata-mata kerana Allah, dan bukan orang tertentu atau sebab lain yang tertentu, maka saya dengan jelas memilih jawapan YA.
5. Kalau tidak, pasti dah lama saya merajuk, bawa diri. Dah macam-macam orang buat kepada saya, dan isteri saya. Ini dalam konteks kerja dan kerjaya. Tapi saya masih setia dengan pekerjaan saya, sedikit pon saya tidak berganjak dari prinsip menghormati ketua dan melakukan yang terbaik dalam pekerjaan.
6. Jika ada yang mengatakan saya tidak layak, penjelasan saya mudah.
7. Setiap orang sepatutnya mempunyai hasrat dan keinginan untuk menjadi baik dan berbuat baik. Kita menjaga hubungan dengan tuhan, Allah SWT dan hubungan sesama manusia melalui ibadat, kerja dan aktiviti harian.
8. Kalau ada yang rasa saya keterlaluan, terpulanglah.
9. Kerana jika ada yang rasa dia tak mahu menjadi role model dalam Paradigma Tauhid, saya sifatkan mereka tidak ikhlas dalam kerja seharian, dan mungkin banyak silap dengan Allah atau sesama manusia.
10. Mungkin!
11. Saya sendiri tidak pasti. Tapi pasti ada penjelasan yang logik. Selama boleh dan selagi boleh, kita buatlah yg terbaik dan berbuat baik dimana juga berada dan apa juga yang kita lakukan.
12. Wallahuallam.
Maaf la selepas hampir 11 tahun baru terbukak rase nak bace blog tuan ni..saya suke bace..ini cerite betul ke tuan..kalau betul tuan,saya suka sbb teknik tuan memang menghiburkan..
ReplyDelete