Saturday, January 5, 2013

Kerja Sebagai Ibadah Dalam Perkhidmatan Awam

1. Umumnya konsep kerja sebagai ibadah sudah lama diperkatakan. Tidak terhad kepada perkhidmatan awam, malahan dalam apa juga bidang pekerjaan.

2. Modal insan yang cekap, cepat dan tepat dalam melaksanakan tugasnya menjadiidaman setiap majikan. Hasil kerja yang baik menjadi amal soleh dan ibadah kepada Allah.

3. Majoriti penjawat awam adalah dari kalangan orang Melayu yang 100% beragama Islam. Ini menjadikan ada organisasi atau pejabat kerajaan yang mempunyai modal insan di kalangan orang Melayu sepenuhnya.

4. Sebagai Muslim, sepatutnya komitmen terhadap tugas tidak menjadi maslah dengan andaian semua staf faham konsep kerja sebagai ibadah.

5. Sebaliknya, organisasi dengan majoriti staf Melayu biasanya lebih bermasalah. Staf malas, tuang kerja, menipu sijil sakit, menangguh kerja,membuat tuntutan palsu, tidak produktif, lepas tangan, gossip, dan banyak masalah lain akan menjadi satu senario biasa.

6. Mengapa begitu yer?

7. Adakah ini menunjukkan orang Melayu sekarang sudah buta agama? Lari dari cara hidup Islam yang sebenarnya? Tidak menghayati falsafah solat dan ibadah lain dalam kehidupan seharian?

8. Jika begitu duduk perkaranya, ini menjadi masalah dan barah yang akan merugikan perkhidmatan awam dan kerajaan.

9. Kita bimbang, survival perkhidmatan awam yang selama ni menjadi sumber rezeki segelintir rakyat tidak akan bertahan.

2 comments:

  1. Kerja bukan sahaja sebagai ibadah tetapi juga sebagai penyumbang rezeki untuk menyara keluarga.

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai orang kerja kerajaan dan berapa sebenar kerajaan perlu ada sebulan untuk menampung kos bayaran gaji pekerja mereka?

    ReplyDelete