1. Ia satu situasi dengan emosi yang pelbagai.
2. Pada satu keadaan, membandingkan seorang dengan seseorang boleh melahirkan emosi yang baik kepada seseorang, terutama dalam konteks modal insan cemerlang.
3. Namun tatkala perbandingan dilakukan untuk membandingkan betapa buruk seseorang modal insan dengan seseorang yang jauh lebih baik, ia boleh mengundang rasa kurang senang dan emosi yang meruntun jiwa.
4. Perbandingan tidak selalunya baik. Namun ada ketikanya ia perlu.
5. Apa yang membimbangkan, tidak semua manusia suka apabila dirinya diperbandingkan. Apatah lagi kalau dia berada di pihak yang tidak baik.
6. Mungkin mudah menasihatkan untuk memandang positif setiap perbandingan itu. Namun iman dan hati antara manusia membezakan penerimaan. Fikrah manusia, suka kepada puji-pujian.
7. Subhanallah.
8. Semoga Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita dan meredhai kita dari kehancuran yang boleh memudaratkan imej dan nama baik. Kerana reputasi sebagai manusia tidak mudah untuk dibina. Biarpun siapa kita di sisi Allah adalah paling mustahak, tetapi hablul minannas juga penting kerana setiap manusia itu adalah khalifah.
9. Kepada Allah kita berdoa. Syukur Alhamdulillah ya Allah, atas keberkatanMu kepada ku. Amin.
Thursday, January 3, 2013
Banding dan Membandingkan
Labels:
banding,
hormat ketua,
kerja baik,
membandingkan,
modal insan,
reputasi,
sikap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perbandingan ada masa mendatangkan kebaikan jika dijadikan sebagai garis sempadan dan panduan tetapi tidak semua perkara/ benda boleh dibandingkan kerana wujudnya perbezaan yang ketara dan citarasa yang berbeza...
ReplyDeleteSetuju
ReplyDeleteSentiasa akan ada yang lebih baik..
ReplyDelete