PUAS
SUDAH MENANAM UBI
NENAS JUGA DIBELI ORANG
PUAS SUDAH MENABUR BUDI
EMAS JUGA DIPANDANG ORANG
NENAS JUGA DIBELI ORANG
PUAS SUDAH MENABUR BUDI
EMAS JUGA DIPANDANG ORANG
1.
Ia
satu pantun lama yang sangat signifikan sehingga hari ini.
2.
Tentang
harga sebuah perbuatan baik yang tidak dihargai dibandingkan dengan EMAS. Dalam
konteks ini EMAS dijadikan analogi untuk wang ringgit, kemewahan, materialis
dan lain-lain.
3.
Ini
konsep budaya dan cara hidup. Apabila kita berkorban, pengorbanan kita tidak dihargai. Apabila melakukan sesuatu dengan sepenuh hati, kesalahan juga yang dicari. Kita rasa putus asa.
4.
Kerana
keadaan inilah, masyarakat rosak dan pincang. Bila mana wang dan kemewahan
menjadi matlamat. Rasuah akan terus menjadi-jadi.
5.
Tak
usahlah kita bercakap soal kompetensi, meritokrasi dan pencapaian kalau itu
semua boleh dibeli.
6.
Betul juga la,
kalau berbudi kepada haiwan, lambat atau cepat satu hari nanti kita akan
digigit juga!
7.
Ada
dua keadaan yang nyata di sini. Pertama haiwan sebenar. Kalau haiwan jinak
seperti kucing sekali pun, lambat atau cepat dia akan tetap menggigit tuannya
samada melepas geram kerana sesuatu atau gigit sekadar nak bermanja. Perbuatan
itu tetap dipanggil ‘menggigit’!
8.
Kedua
manusia yang berperangai haiwan. Pada sesetengah keadaan disebut manusia
bertopeng haiwan. Sama sahaja. Manusia jenis ini tak sepatutnya dibuat baik. Kerana
penyudahnya, kita juga yang akan ditempelak. Perbuatan sia-sia seperti mencurah air ke daun keladi.
9.
Justeru
itu kepada siapa budi yang baik patut kita laksanakan?
10. Dulu sekitar tahun 80an ada rancangan
drama radio – Budi Disemai Bakti Dituai. Orang muda mungkin tak tahu, yang tak
berapa muda barangkali pernah mengikutinya.
berbudi pada yang baik... hehehe
ReplyDeletedah jadi resam dunia kan..