Thursday, June 13, 2013

Akibatnya Bila Tidak Lagi Positif

1. Pada 27 Mac 2013, saya pernah menulis tentang Menjadi Positif.
 
2. Sebab?
 
3. Minat terhadap kerja dan apa yang saya lakukan semakin merudum. Merosot ke peringkat yang paling rendah.
 
4. Hari ini selepas asakan bertali arus, kritikan, serangan, cercaan dan pelbagai usaha jahat dan iri hati serta tidak kena pada tempatnya.................perkataan positif sudah hampir tiada dalam diri saya.
 
5. Hasilnya kini, saya tak minat kerja.
 
6. Setidak-tidaknya, saya masih datang ke pejabat dan menjadi manusia antara jam 8 pagi hingga 5 petang. Tetapi tiada lagi kesungguhan atau keriangan untuk saya teruskan kerja dengan cara tersendiri dan bersungguh-sungguh.
 
7. Mengapa?
 
8. Kerana apa saja yang saya buat semua tak cukup, semua tak kena, semua tak betul! Padahal standard yang ditetapkan memang level 'taik'.
 
9. Ini standard baru? Ini baru standard. Yesssss....................'taik' punya standard.
 
10. Tahniah kepada mereka yang mahu melihat saya 'jatuh'. Puas hati kan? Ini yang anda mahu, ini yang anda sangka dan harapkan. Sekarang saya sudah tidak peduli lagi. Saya tak minat kerja.

1 comment:

  1. mungkin juga kerana kita hendak menjadi 'berbeza' dari orang lain makanya ujian dan hentaman iu bertali arus mendatangi kita. Semoga dalam masa antara 8 hingga 5 itu tuan akan bertemu dengan jalan kembali positif dan semangat juang yang tinggi... yesss

    ReplyDelete