Tuesday, March 3, 2009

Sidang DUN Bawah Pokok Ala Kerajaan Negara Pasir Dua Butir!


1. Ingatkan malas dah nak ulas hal ehwal politik, tapi ada sesuatu yang menggeletek hati saya malam tadi. Mendatangkan idea untuk saya nukilkan sesuatu.


2. Dalam rancangan Hujah di TV9 malam tadi (3 Mac 2009), salah seorang panel iaitu Tan Sri Isa Samad telah menyatakan pandangan beliau bahawa apa yang berlaku di Perak pada 3 Mac 2009 tidak ubah seperti adegan dalam filem Laxmana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ini merujuk kepada sidang DUN Perak yang diadakan di bawah pokok apabila sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke bangunan dewan undangan negeri.


3. Secara prinsipnya memang ia berlaku, tapi saya berharap ia sekadar serupa tapi tak sama.


4. Ini kerana, dalam filem tersebut kerajaan terpaksa bersidang di bawah pokok kerana Menteri Fasola telah mengopakkan dinding-dinding istana! Sampai menteri kabinet terpaksa pakai topi “fire brigade” sebab membantu memadamkan kebakaran di kampung-kampung yang hangus di bakar oleh Menteri Fasola dan konco-konconya.


5. Analogi Tan Sri Isa Samad tu dikhuatiri boleh menempelak kerajaan BN. Ibarat menepuk air di dulang, tepercik ke muka sendiri!


6. Dalam filem tersebut, kerajaan yang bersidang di bawah pokok tu adalah kerajaan yang sah! Jangan lupa bahawa mereka terpaksa bersidang di bawah pokok kerana huru-hara yang dicetuskan Menteri Fasola yang patah hati kerana lamarannya ditolak oleh Puteri Si Bujur Sireh.


7. Dalam pergolakan politik di Perak, siapakah yang memegang watak “Menteri Fasola”? Kalau benar wujud Menteri Fasola, pastinya “Laxmana Do RE Mi” akan datang membantu atas titah baginda Sultan. Siapa pula nak jadi Laxmana Do Re Mi dengan tiga barang ajaibnya?


8. Sama-sama kita nantikan!

2 comments:

  1. Sdr, saya pun sebenarnya malas untuk banyak komen tentang politik, dah naik muak dan meluat.

    Namun, bagi mengelakkan rasa meluat itu, kita jadikannya bahan lawak dan kita ketawa kah kah kah.

    Cuma saya akan turut jadi bimbang dan malu apabila orang lain juga akan turut mentertawakan politik kita; politik lawak!

    ReplyDelete